www.hmetro.com.my/bisnes/2020/11/639797/guna-touch-n-go-ewallet-di-mcdonalds
1 Users
0 Comments
3 Highlights
0 Notes
Tags
Top Highlights
Kuala Lumpur: Touch 'n Go eWallet kini membolehkan pembayaran tanpa tunai untuk transaksi lebih selamat dan lancar di 300 restoran McDonald's Malaysia seluruh negara termasuk bagi pandu lalu serta perkhidmatan penghantaran menerusi McDelivery. Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata, pihaknya gembira perkongsian dengan McDonald's Malaysia itu.
"Sebagai antara jenama paling menjadi pilihan di Malaysia, McDonald's rakan kongsi penting bagi kami," katanya. Menurutnya, susulan permulaan perkongsian itu, rakyat Malaysia akan menikmati pulangan tunai RM5 dengan perbelanjaan minimum RM25 apabila mereka bayar guna Touch 'n Go eWallet.
"Pulangan tunai itu terhad sekali saja kepada setiap pengguna sepanjang tempoh kempen dan sah di semua restoran McDonald's Malaysia, termasuk perkhidmatan pandu lalu dan penghantaran menerusi McDelivery di seluruh negara dari 2 November ini hingga 3 Disember," katanya. Sejak 2018, Touch 'n Go eWallet mencatatkan pertumbuhan pesat dengan lebih 15 juta pengguna serta 250,000 terminal penerimaan peniaga dan masih berkembang kukuh di seluruh negara.
Glasp is a social web highlighter that people can highlight and organize quotes and thoughts from the web, and access other like-minded people’s learning.